Get graphics at Nackvision.com

Get graphics at Nackvision.com

~:::Intisari BLoG::::~

Get graphics at Nackvision.com

Monday, March 24, 2008

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Rebah

Salam buat sahabat dan sahabiah sekalian...saya tertarik dengan satu artikel yang di 'forward' pada saya di peti emel yahoo saya...Artikel ini menjelaskan tentang pengampu-pengampu dan penasihat yang sanggup berdiam diri walaupun mengetahui bahawa pemimpin itu melakukan sesuatu yang salah...biarkan sahaja negara tergadai dan rakyat sengsara asalkan jawatan mereka tidak dilucutkan....saya rasakan yang artikel ini perlu dibaca oleh semua orang terutama yang hidup dengan menjadikan ISLAM sebagai pegangan hidupnya...


PengampuDan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebahhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaibanal-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkaubersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkaumerasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkaurasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harunal-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepadaengkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baikdari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu,kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga merekayang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, sayabimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahayamenimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripadakebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut :Muassasah al-Risalah). Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikatyang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untukseseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia butadengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahuhakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semuadi hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorangpemimpin. Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutanakan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demikepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, makamereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpiindah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indahsahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan butahakikat sebenar rakyatnya.Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaankanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yangcantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya bolehmenghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Merekameminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malamraja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka. Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil,sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap:“jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yangmerbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya,saya nampak, alangkah cantiknya”. Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengakuperkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yangdijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkansecara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memujikeindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang. Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulutternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tibabeberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”.Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh‘taukeh-taukeh’ tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masatelah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam duniapolitik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan olehrakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya,kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dansukakannya. Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk,jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘duapuluh limapersen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orangyang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati denganpara penasihat kalian!”.Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauanatau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebahdengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 1/201). Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Janganpemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata.Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telingaseorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu danmencari kemewahan semata. Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makanangin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecahamanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yangmemimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamatdalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau diaakan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi,dinilai sahih oleh al-Albani). Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalahkezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadiapi membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalamtindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Janganhanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka danderita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, makaianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Makaapi fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara. Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuatpembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realitisebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas merekamenyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpinakibat perbuatan para pengampu. Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkanhaknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dantekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementarayang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu keranamereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkankezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah,1/201)Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai olehsetiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabiladiminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapakepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlahmanusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukuldisebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalamgolongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202). Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yangmenjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan.Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawahtanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkansaluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskanpara pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasirdikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapatdiperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek danpengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakapbenar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami. Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementaragolongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagimewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku darirakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’. Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yangsedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana .Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untukmenunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalahmenghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yangkenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar danorang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah,1/202).Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akanjatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka,pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yangmengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletakjawatan. Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangaisyaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaummunafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia:“kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya:“Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepadaAllah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16). Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketikasyaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untukdipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Padahari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu,dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak(angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan(berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepasdiri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya;sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”(Surah al-Anfal: 48). Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.

No comments:

~…::::SliDe HiKMaH………~



~…......NoStAlGia-Nahwan Nur………~




Kedinginanmu membangkitkan kenangan lalu

Kita bertamrin mendidik hati yang satu dalam menuju keredhaan Ilahi

Unggas rimba berkicau ria

Menyanyi lagu madah pujangga

Dan memuji kebesaran-Nya pencipta maya



Embun menitik jatuh berderai ke bumi

Mengiringi terbitnya mentari pagi

Embun kering hilanglah pagi berseri

Indahnya wajah bermandi seri

Kita sama saling mentarbiyah diri

Menangisi dosa waktu malam sepi

Mengabdikan diri kepada Ilahi



Demi cinta sejati....demi sebuah cinta yang suci murni

Kepada-Mu Allah aku serahkan

Segala amalan sebagai ukuran

Iringi doa aku panjatkan

Demi kedamaian