KUPU-KUPU tetap indah, cantik dan menawan. biar ketika ia hinggap di atas kembang, atau mengirai kepak mengitari alam, malah ketika berada dalam balang.
Namun, kasihan kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, maksudnya ke jurang hitam. Hakikatnya, kupu-kupu semuanya keluar malam, sebilangan sahaja yang gemar 'berpeleseran' pada waktu demikian, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.
Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu, siapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.
Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi. Kupu-kupu pun terbiar...
Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku ada persamaan.
Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku tamsilan kepada keindahan.
Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan
1 comment:
Post ni saya amik dari Diari Muslimah tahun 2000 sebagai renungan bersama...jadi renung2kanlah...peliharalah dirimu wahai muslimah sekalian...
Post a Comment