Get graphics at Nackvision.com

Get graphics at Nackvision.com

~:::Intisari BLoG::::~

Get graphics at Nackvision.com

Tuesday, March 25, 2008

Wahai Kekasih, Kenalilah Jenis Tudungmu





Artikel ni khusus buat kaum Hawa yang beragama islam...dikirim oleh sahabat saya

Wahai kekasihku, kenalilah jenis tudungmu...

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Hrkh) - Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan g aya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop y ang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-

1.Tudung ' Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak be rtudung.

4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At- Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memak ai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot. com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

Monday, March 24, 2008

Kisah Tiga Orang Anak


KISAH TIGA ORANG ANAK
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben.”Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Harben?
“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernahkeluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?” Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. “Baiklah kalau begitu”jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis.”Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang.
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?” Apa yang dijawab Anis?
“Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?”
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.”Baiklah kalau begitu” jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. “Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..” Lalu Amsal menjawab, “Baiklah ayah” tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.
APA PENGAJARAN CERITA INI .
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,Anis ialah ANAK-ISTERI, danAmsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Aurat Isteri Tanggungjawab Suami


Aurat isteri tanggungjawab suami

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAHSOALAN:ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?
JAWAPAN:
RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.
Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).
Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.
Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.
Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.
Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.
Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.
Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.
Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghe ntakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).
Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Rebah

Salam buat sahabat dan sahabiah sekalian...saya tertarik dengan satu artikel yang di 'forward' pada saya di peti emel yahoo saya...Artikel ini menjelaskan tentang pengampu-pengampu dan penasihat yang sanggup berdiam diri walaupun mengetahui bahawa pemimpin itu melakukan sesuatu yang salah...biarkan sahaja negara tergadai dan rakyat sengsara asalkan jawatan mereka tidak dilucutkan....saya rasakan yang artikel ini perlu dibaca oleh semua orang terutama yang hidup dengan menjadikan ISLAM sebagai pegangan hidupnya...


PengampuDan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebahhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Saya pernah menyebut dalam satu tulisan yang lepas tentang nasihat Syaibanal-Ra‘i kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkaubersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkaumerasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkaurasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harunal-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepadaengkau: “engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baikdari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu,kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga merekayang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, sayabimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahayamenimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripadakebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut :Muassasah al-Risalah). Para penasihat yang jujur yang memberitahu hakikatyang sebenar, -sekalipun boleh menimbulkan keresahan- adalah lebih baik untukseseorang pemimpin daripada pengampu yang membohonginya sehingga dia butadengan keadaan negara dan rakyatnya. Penasihat yang jujur akan memberitahuhakikat yang sebenar tentang suasana negara, rakyat dan tanggungjawab itu semuadi hadapan Allah sekalipun mungkin akan menimbulkan ketakutan kepada seorangpemimpin. Dengan ketakutan itu, pemimpin membaiki diri dan keadaan, maka ketakutanakan bertukar menjadi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Adapun pengampu, demikepentingan diri, kedudukan dan harta yang diharapkan dari pemimpin, makamereka akan mendendang lagu-lagu asyik agar pemimpin nyenyak tidur dibuai mimpiindah sehingga akhirnya ketakutan pun menjelang tiba. Hanya cerita-cerita indahsahaja yang sampaikan ke telinga pemimpin, lalu pemimpin pun gembira dan butahakikat sebenar rakyatnya.Saya teringatkan kisah dongeng raja telanjang yang menjadi bahan bacaankanak-kanak. Kononnya, ada seorang raja yang gilakan pakaian yangcantik-cantik. Lalu muncul beberapa orang penipu yang kononnya bolehmenghasilkan pakaian yang paling cantik untuknya. Raja pun bersetuju. Merekameminta beberapa hari untuk menenunnya di sebuah bilik di istana. Saban malamraja tersebut melawat hasil kerja yang sedang ditenun mereka. Namun, beliau tidak melihat sebarang benang atau kain yang terhasil,sebaliknya hanya tenunan kosong semata. Apabila raja bertanya, mereka menjawap:“jika tuanku tidak nampak, menunjukkan tuanku mempunyai penyakit yangmerbahaya dan boleh membawa maut”. Dalam ketakutan raja menjawap: “Ya,saya nampak, alangkah cantiknya”. Demikianlah juga menteri-menteri dan para pengiring raja juga mengakuperkara yang sama, kerana ingin mengampu raja. Sehingga pada hari yangdijanjikan, raja pun memakai pakaian yang tidak wujud itu dan disarungkansecara tipu oleh penenun-penenun karut tersebut. Semua pengampu raja memujikeindahan pakaian yang tidak wujud itu, padahal raja sedang bertelanjang. Apabila raja keluar menemui rakyat, maka semua mata terbeliak dan mulutternganga. Raja menyangka mereka kagum dengan pakaiannya yang indah. Tiba-tibabeberapa budak kecil menjerit: “Hei! Lihat! Raja kita sedang bertelanjang”.Maka semua rakyat ketawa. Barulah raja tahu bahawa dia telah ditipu oleh‘taukeh-taukeh’ tenun dan para pengampu yang berada di kelilingnya. Namun masatelah terlambat, dia telah dimalukan di hadapan rakyat.Walaupun cerita ini dongeng, namun janganlah ia menjadi realiti dalam duniapolitik kita hari ini. Seorang pemimpin amatlah malang jika dia ditipu oleh para pengampu sehingga akhirnya dia ditertawakan olehrakyatnya dek kesilapan yang dilakukannya. Atau dia dibenci oleh rakyatnya,kerana dia ditipu oleh para pengampu konon rakyat sentiasa puas hati dansukakannya. Sebab itulah, dosa para pengampu amatlah besar. Dengan nasihat yang buruk,jatuhnya kerajaan-kerajaan lampau dan akan datang. Tuan penasihat ‘duapuluh limapersen’ seperti dalam filem “Tiga Abdul” boleh menyebabkan orangyang dinasihati itu dijual secara lelong. Wahai pemimpin! Berhati-hati denganpara penasihat kalian!”.Saya tertarik dengan perkataan Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi apabila Khalifah‘Abd al-Malik bin Marwan meminta dia mensifatkan fitnah. Perkataan ‘fitnah’seperti yang telah saya sebutkan bermaksud ketidak tenteraram, kekacauanatau hilang keamanan dan kedamaian. Kata al-Hajjaj: “Fitnah itu merebahdengan bisikan, ianya lahir dari aduan” (Ibn Muflih, Al-Adabal-Syar‘iyyah, 1/201). Maka bisikan dan aduan rakyat bawahan janganlah dipandang ringan. Janganpemimpin hanya akan mendengar aduan golongan koperat dan berpangkat semata.Tangisan rakyat dan tidak puas hati mereka selalu tidak sampai ke telingaseorang pemimpin jika dia hanya dikelilingi oleh manusia-manusia pengampu danmencari kemewahan semata. Jika seseorang ingin menjadikan jawatan kepimpinan sebagai tempat ‘makanangin’ dan santai maka dia seorang yang sangat fasik dan jahat. Pemecahamanah lagi khianat. Sabda Nabi s.a.w: “Tiada seorang pemimpin yangmemimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamatdalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau diaakan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi,dinilai sahih oleh al-Albani). Kepimpinan adalah tanggungjawab dan khidmat. Kecuaian menunaikannya adalahkezaliman. Aduan rakyat dan bisikan mereka jika tidak ditangani boleh menjadiapi membakar perasaan kebencian yang meluap-luap. Jika itu diterjemahkan dalamtindakan, maka kestabilan negara akan merasai padahnya.Media juga janganlah memperbodohkan rakyat dan menipu para pemimpin. Janganhanya disiarkan berita mengampu semata, sebaliknya siarkan kisah duka danderita rakyat. Kerana, jika tiada saluran untuk mereka meluahkan rasa, makaianya akan menjelma dalam bisikan senyap dan aduan pada bukan tempatnya. Makaapi fitnah akan merebah, lalu membakar keamanan masyarakat dan negara. Jika sesuatu isu tidak adil untuk rakyat, janganlah media membuatpembohongan dengan menyiarkan temubual insan-insan yang terpinggir dari realitisebenar. Lalu pemimpin atasan tertipu, rakyat rasa diperbodohkan. Lantas merekamenyimpan perasaan dendam. Lalu hilang kasih-sayang antara rakyat dan pemimpinakibat perbuatan para pengampu. Wahai pemimpin, bukalah ruang seluas-luasnya untuk setiap orang mendapatkanhaknya. Mudahkanlah jalan untuk sampai kepada kebenaran tanpa gangguan dantekanan. Jangan pula hanya yang berharta boleh menuntut hak mereka, sementarayang miskin dan susah terpaksa merintih untuk mendapatkannya. Kata Khalifah‘Ali bin Abi Talib r.a.: “Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu keranamereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkankezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah,1/201)Pemerintahan yang adil adalah pemerintahan yang kerahmatannya dirasai olehsetiap lapisan rakyat. Seperti kata Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabiladiminta menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: “Jadilah engkau bapakepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Hukumlahmanusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukuldisebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalamgolongan yang melampau”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202). Jangan pula pemimpin hanya jadi godfather kepada taukeh-taukeh besar yangmenjadi pengampu dan tidak mengambil pusing tangisan insan-insan bawahan.Apabila anda memimpin sebuah negara, maka seluruh rakyatnya adalah di bawahtanggung jawab anda. Jika tidak jangan mengidam jawatan kepimpinan. Wujudkansaluran yang ikhlas agar suara orang bawahan sampai ke pendengaran anda. Hapuskanpara pembodek yang membohongi anda sehingga garam dikatakan gula, pasirdikatakan beras, tangisan rakyat diberitakan sebagai senyuman.Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapatdiperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek danpengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakapbenar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami. Pemimpin apabila membiarkan rakyat yang baik dalam kesusahan, sementaragolongan yang tamak lagi mengampu ‘penuh kantong’ dan kekenyangan lagimewah, maka negara akan rosak. Penentangan terhadap pemimpin akan berlaku darirakyat bawahan yang tertindas dan golongan tamak yang mula ‘besar kepala’. Dengarlah apa nasihat Khalifah Mu’awiyah r.a. kepada ‘Amr bin al-As yangsedang berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana .Kata Mu’awiyah: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untukmenunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalahmenghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yangkenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar danorang jahat apabila dia kenyang” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah,1/202).Lebih buruk lagi para pengampu ini apabila melihat seseorang pemimpin akanjatuh atau rebah, mereka akan lari mencari dahan baru untuk berpaut. Maka,pemimpin yang diampu akan menjadi raja telanjang berseorangan, sementara yangmengampu akan menyembunyikan diri di belakang atau melarikan diri dan meletakjawatan. Maka berhati-hati wahai pemimpin dengan para pengampu anda. Seakan perangaisyaitan seperti yang disebut dalam al-Quran: (maksudnya) (Sikap kaummunafik) itu samalah seperti syaitan ketika dia berkata kepada manusia:“kufurlah kamu!” setelah orang itu kufur, berkatalah syaitan kepadanya:“Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepadaAllah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!“(Surah al-Hasyr: 16). Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketikasyaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untukdipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Padahari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia Yang dapat mengalahkan kamu,dan sesungguhnya aku adalah pelindung kamu”. Maka apabila kedua-dua puak(angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan(berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepasdiri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya;sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”(Surah al-Anfal: 48). Ya Allah! Daku telah menyampaikan!!.

Tuesday, March 18, 2008

KUPU-KUPU Dalam Kehidupanku....


KUPU-KUPU tetap indah, cantik dan menawan. biar ketika ia hinggap di atas kembang, atau mengirai kepak mengitari alam, malah ketika berada dalam balang.

Namun, kasihan kupu, badannya cantik dan mempesonakan tetapi kalau ditambah perkataan malam, maksudnya ke jurang hitam. Hakikatnya, kupu-kupu semuanya keluar malam, sebilangan sahaja yang gemar 'berpeleseran' pada waktu demikian, itupun kerana terpedaya oleh lampu di pinggir jalan.

Sebilangan besar kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada bunga-bungaan, menghirup manisan yang tersembunyi di tengah-tengah. Kemudian kupu-kupu terbang lagi dan hinggap di dedaunan segar. Siapapun pasti terlirik apabila terlihatkan kupu-kupu, siapapun ingin memiliki keindahan, kecantikan dan keunikan kupu-kupu di hujung jarinya.

Tetapi sayap kupu-kupu mudah berderai, apabila sudah berderai, tiada siapa akan inginkannya lagi. Kupu-kupu pun terbiar...


Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku ada persamaan.

Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku tamsilan kepada keindahan.

Wahai diriku dan kupu-kupu, engkau dan aku juga tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan







~…::::SliDe HiKMaH………~



~…......NoStAlGia-Nahwan Nur………~




Kedinginanmu membangkitkan kenangan lalu

Kita bertamrin mendidik hati yang satu dalam menuju keredhaan Ilahi

Unggas rimba berkicau ria

Menyanyi lagu madah pujangga

Dan memuji kebesaran-Nya pencipta maya



Embun menitik jatuh berderai ke bumi

Mengiringi terbitnya mentari pagi

Embun kering hilanglah pagi berseri

Indahnya wajah bermandi seri

Kita sama saling mentarbiyah diri

Menangisi dosa waktu malam sepi

Mengabdikan diri kepada Ilahi



Demi cinta sejati....demi sebuah cinta yang suci murni

Kepada-Mu Allah aku serahkan

Segala amalan sebagai ukuran

Iringi doa aku panjatkan

Demi kedamaian